June 30, 2009

LANGKAH PERTAMA

cerotan aku ari neh simple jer..lintasan fikiran aku meminta aku mencoretkannya disini...kebosanan aku pada ari ni pon tahap sengaL2 ubi jugaK kadang2 kan kiter terase sesuatu yang asing bukan..?? cuba korang fikirkan..Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Orang puteh panggil 
" A Journey A Thousand Miles Begin With the First Step ". Satu perkara yang dirancang perlu dijalankan. Walaupun orang tetua berkater "Manusia hanya merancang Tapi tuhan yang menentukan". Suatu perubahan yang dikehendaki perlulah ader permulaannya pendek kater "Nak seribu daya tak nak Seribu dalih". Sebuah citer-citer laks bukan satu angan-angan sebaliknya perlu dijadikan pegangan. TETAPI semua ini bermula dengan langkah pertama. Dalam idup manusia nie, perkara paling penting adalah langkah pertama. Tak kira ler dalam keadaan positif atau negatif. Cuma yang membezakannya adalah cara & bagaimana nak memulakannya. Kebanyakan individu memang sukar untuk memulakan suatu langkah untuk perubahan atau perancangan . Ini di sebabkan oleh seseorang itu rasa kurang selesa atau takut kepada perubahan. Seseorang itu kurang selesa kerana mungkin langkah untuk perubahan yang dilakukannya akan membawa kesan negatif kepada perancangan. Seseorang itu rasa takut kerana takut diatas langkah yang telah ianya pilih akan gagal kepada apa yang dirancangkannya. Ada yang mempunyai rasa rendah diri terhadap cita-cita yang hendak dicapai. Ini mungkin seseorang itu takut dirinya di cemuh dan diketawakan. Dan ader juga yang hanya masih mampu berangan-angan kepada apa yang dicita-cita. Setiap citer-citer perlu ader usaha. Dengan ader usaha barulah suatu citer-citer akan berjaya. Tanpa langkah pertama semua perkara takkan bermula. Tanpa usaha untuk bermula semua perkara sia-sia ajer.

 
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Ditulis oleh,

2 comments: