December 28, 2008

BLUES FINAL SEMESTER

hehhe...satart da sem baru tok akue..
ni bermakan ni r kali terakhir aku akan menjejaki ke UUM semula tok menamatkan pegajian aku yang berbaki...
adeh~~! sgtla sedih (ceh!! ye yer oo ketotoL la tue..)....
tetiber ari ni kuliah aku tak start agie nie...busan dok dlm bilik..hahha..berjaya gak aku menyiapkan sebuah puisi klasik tentang aku...ni kira blues aku tentang
"ati & perasan"....
hehhe..banyak gak kenangan aku di UUM nie...tak terkire r..taPI bile aku cuber flash back balik, hahha..banyak tol janji2 aku sebelum masuk UUM nie... Aku ingat lagi,
Dulu masa mula-mula masuk 'U', Janji dengan mak abah nak belajar rajin-rajin, Bila keluar nanti boleh sara mereka, Tapi itu dulu. Aku ingat lagi, Dulu masa mula-mula bergelar mahasiswa, Aku berazam dengan diri ku, Rajin pergi kuliah, Rajin pergi library, Rajin buat nota, Rjin semuanyalah, Percayalah, Tak ada orang lain yang serajin aku, Tapi itu semua dulu. Aku ingat lagi, Dulu masa-masa mula kenal kawan-kawan, Semua kamcing-kamcing belaka, Buat apa-apa mesti sama-sama, Nak makan bersama, Nak pergi merayau-rayau pun bersama-sama, tak ada orang boleh kalahkan kekamcingan kita orang, Tapi itu semuanya dulu. Sekarang, Aku tak tahu nak kata apa dengan mak abah, Aku risau result yang keluar mesti mengecewakan, Di mana janjiku dulu?. Sekarang juga aku sedar, Aku tak serajin dulu, Rasa malas nak bangun tidur, Rasa malas nak ke kuliah, Rasa malas nak ke library, Mana taknya tidur kalau tak pukul 4.00 pagi tak sah, Bantai sembang dengan member-member tak tahu ayam dah berkokok,
Di mana azamku dulu?. 
Sekarang aku tahu, kawan-kawan aku ni bukan boleh pakai pun, Bila senang baru nak terhegeh-hegeh bersama-sama, Bila susah hilang entah ke ceruk mana, Nak minta tolong punya susah, Ada itu ada ini saja,
Di mana kawan-kawan ku dulu? OO.. baru aku ingat sekarang, Ni mesti sebab final exam. Ya lah, aku sebenarnya takut bila result keluar, Padahal carry mark aku okey stabil, Yang buat aku malas pergi kuliah, bangun pagi, aku pergi kuliah semuanya, Sebabnya dah cuti dah pun, Kan final dah habis minggu lepas, Kawan-kawan yang hilang tu,
Bukan pergi mana pun, Dia orang balik kampung la, Jumpa mak abah, kawan-kawan, Pasal tu lah aku karang puisi ni kat bilik aku,
Ceh. ...hahha....amacam??? dah permulaan semester aku dok pikiaq final exam last sem...huhu..

Diblueskan Oleh,

BERTANYA PADA HATI

BerTaNYa daLaM HaTi.., Apa ErTi HiDuP iNi... 
BeRSoAL PaDa DiRi... , BaHaGiAkAh Aku Di SiNi... 
BerDiaLoG Aku SeNDiRi... , MaNa HaLa TuJu LanGKaH KaKi... 
AnDai Doa DiPanJaT... , BaRuLaH DiKaTa Aku MenCaRi Nur ILLaHi.., TeRaSa KoSoNg HiDuP iNi... , SeOLaH WaRNa SuDaH LuPuT DiPaNdaNG MaTa... , TeRaSa SePi PerJaLaNaN iNi... SeOLaH KicaUaN TeLaH HiLaNg BerSaMa MaSa... ., TeRaSa GeLap KeiNDaHaN SeMaLaM, SeOLaH CaHaYa SeGaN uNTuK MeNYiNaR SeMuLa, BerKaTa LaGi PaDa HaTi... , SeMaKiN PeNDeKKaH HiDuP... YaNG DiRaSai PaNJaNG SeLaMa iNi... . -TeNGoK DenGaN MaTa... . LiHaT DeNGaN HaTi... . ReNuNG dEnGaN aKaL... . FiKiR-FiKiRkAnLaH... ... ... .

December 19, 2008

Andainya Perempuan Tahu....

*...ni lah perbualan aku pada minggu lepas tentang seorang perempuan (luahan dr seorang lelaki kacak)....*

dan hasilnya aku sendiri mengedit tok jadikan bahan cerita tok blog aku kali nie...ni dia ckap dr sudut pandangan lelaki...Soo bg laki2 yang nak coment..cuber komen ckit..tol ke?....

Andainya perempuan tahu.... Betul ke ni wahai lelaki... ...
Andainya perempuan tahu... ... ... Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)..
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita... Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! (alah pompuan pon samalah) 
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa... yang lain hanya kawan.. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang (egolah tu).
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Biaserrrrlah..walaupun Aku ni PEREMPUAN, pompuan sometimes we have to give space for guys to understand us especially to particular person who will or might be our future husband..Let them study us and let us study them.. Don't build a barrier between u and him... Kay..Hope this article might open wide ur mind about those guys out there..Not all of them is bad just a few... like us...
- Do the Best and Let Allah do The rest-

Aku,

SEANDAINYA

Kini baru aku sadari
Cinta bisa hadir tanpa disadari
Dengan perlahan tapi pasti
Merasuk di jiwa ini
Perasaan ini tak kan pernah aku mengerti
Sejenak khilafku lupakan dia yang miliki diriku
Seandainya cinta ini tak pernah terjadi
Tak kan ada air mata dan hati perih terluka
Saat cinta mengetuk hati
Aku pun tak kuasa untuk menghindari
Meski aku telah berdua
Aku jatuh cinta lagi
Sejenak khilafku lupakan dia yang miliki diriku
Seandainya cinta ini tak pernah terjadi
Tak kan ada air mata dan hati perih terluka
Seandainya cinta ini tak pernah terjadi
Tak kan ada air mata dan hati terluka


Seandainya Bisa,

December 02, 2008

ENDING ABOUT "SAYA & AWAK"

Kepada Awak 

Awak.......... 
Awak, Hari nie awak nampak serabut.. Semua orang kutuk.. Tapi ada gak yang puji... Jadi, u can always count on me..  
Awak, Hari nie saya senyum kat awak.. Tapi, awak jalan depan saya.. Jadi, senyum pun tak guna..  
Awak, Hari nie berubah situasi.. Tapi, saya still kat sini.. Padahal dah kosong tak berisi..  
Awak, Hari nie saya nampak awak kat McD.. Tapi awak tak mcm dulu lagi.. Jadi, saya terdiam sendiri..  
Awak, Hari nie say adah janji nak pegi.. Tapi, tak tau nape tak leh pergi.. Padahal, ada yg lagi best menanti..  
Awak, Hari nie saya menyesal ada ego yg tinggi.. Tapi dah takde harapan kat sini.. Jadi, nak tak nak terpaksa sendiri  
Awak, Hari nie hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini : Awak focus kat tv
Awak, Hari nie saya tgk gambar kita senyum.. Tapi, gambar tinggal gambar Nak buang sayang, nak simpan sedih...  
Awak oh! Awak.....
Esok antara kita ada balai berlepas.. 
Esok takde esok utk saya.. 
Esok juga takde esok utk awak. 
Awak, Semoga suatu hari nanti
Saya menginsafi diri
Tanak ego tinggi lagi
Buat awak sakit hati
Awak, Sebelum pergi
Hari nie kat sini
Saya janji, semua nie utk awak
Sebab mengenali awak adalah anugerah terindah yg pernah saya miliki

Terima Kasih Awak,



Dari saya kepada AWAK...

December 01, 2008

BERHENTI BERHARAP


Tolong sampaikan pada si dia! 
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. 
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. 
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. 
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. 
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. 
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. 
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. 
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. 
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. 
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. 
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. 
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. 
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. 
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. 
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. 
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. 
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. 
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya.. 
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. 
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. 
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. 
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. 
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. 
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.. 
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. 
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. 
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. 
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. 
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. 
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti... 


Tolonglah Paham dari Saya,

NEVER SAY THAT!!~~

never say i luv u.. if u really don't care.. never talk about feeling.. if they aren't really there.. never hold my hand... if u gonna break my heart.. never say u are going to.. if u don't plan to start.. never look into my eyes.. if all u do is lie.. never say hi.. if u really mean goodbye.. if u really mean forever.. then say u will try.. never say forever.. cuz forever makes me cry... ... ..