April 19, 2010

Cerita Bahagia

B-A-H-A-G-I-A

Bahagia = Happiness Saper yang X nak hidup bahagia.. sumer orang mencari kebahagian. Ada yang dah dapat kebahagian mengikut tafsiran masing-masing, ada yang masih tercari-cari dan ada yang masih terlalu jauh dari kebahagiaan. Ada orang kata, bahagia terletak pada kerjaya. Berjaya dan cemerlang dalam berjaya itulah kepuasan dan kebahagiaan bagi dirinya. Ada orang sangat bahagia bila mendapat kenaikan pangkat. Ada orang pulak melompat-lompat gembira dan bahagia bila mendapt bonus atau kenaikan gaji. Ada pulak orang kata, bahagia terletak pada harta. Kalau ada harta banyak, mesti bahagia. Boleh beli apa saja yang ada atas dunia. Sampai ada yang sanggup menggadai maruah diri, agama dan bangsa demi mendapatkan harta. Orang lain pulak kata, bahagia letaknya pada rupa. Jika ada rupa yang hensem, susuk badan yang sasa... itulah kunci kebahagiannya. Bagi yang perempuan pula, jika ada rupa yang jelita dan seksi pula, mesti boleh menawan satu dunia. Pendapat lain pulak, bahagia letaknya pada keluarga. Punyai pasangan yang baik dan setia, anak-anak yang ramai dan mendengar kata... itulah bahagia. Bagi sesetengah orang pulak, kebebasan itulah kebahagiaan yang dicari. Bebas untuk melakukan segala-galanya, tanpa disekat, tanpa dikongkong..alahai, indahnya dunia. Walauapapun definisi bahagia bagi anda, janganlah lupa bahawa bahagia datang dengan izin-Nya. Bahagian yang diburu bukan sekadar bahagia di dunia. Ingatlah bahawa kesenangan di atas dunia adalah ujian, kesusahan di sini juga adalah ujian. Janganlah terlalu leka dengan kebahagiaan yang sudah pastinya seketika ini. Jangan juga menyesali setiap kesusahan yang diberi. Sesungguhnya. semuanya datang dari Dia dan akan kembali kepada-Nya. Semoga kita memperoleh rahmah dan inayahnya di alam sana. Semoga kita berjaya mendapat kebahagiaan yang kekal selama-lamanya di sana. Bermuhasabahlah... semoga hari ini lebih baik dari semalam... 

Amin!!!
Ditulis oleh,
...............Biarlah hati berteka-teki