Novel yang menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH
Wah... CC dah start dengan dan kembali dengan review novel-novel dia.. ahhaha... sememangnye saya
KAKI NOBEL eh KAKI NOVEL... sbb ramai sgt yang nak pinjam novel dari CC meh CC terangkan citer nie....
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing
berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira
dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti
lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk
memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada
satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada
Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu
terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan
itu tidak menjanjikan
bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih
terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan
untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang
mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak
dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan
Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar
pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash
ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit
demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash
cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang
dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak
ikut?
Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok
wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari
pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan
kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang
menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak
disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya
pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar.
Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah
terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi
mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash
Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana
pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan
terus menjadi milik mereka?
Kesudahnnya anda akan dapat selepas anda membacanya... senang cite CC nak gtau...xrugi dan menyesal beli.. tapi kepada si kaki novel yang xberape kaki novel mesti akan kutuk-kutuk... hehhehe
HARGA ?? ADE SESAPE NAK PINJAM?...
Judul : Sebenarnya, Saya Isteri Dia
Penulis : Zura Asyfar
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM33