January 11, 2012

PERUBAHAN


Dalam kehidupan ini  kalau korang perasan sesetengah orang ada yang kata : 
"Perubahan itu bagus." Yang lain pula akan berkata, "Perubahan itu penting."
Tapi yang pasti, "Perubahan akan berlaku." (betulkan?) Kerana perubahan itu adalah semulajadi. Perubahan itu adalah lumrah alam. Dan semestinya, perubahan itu adalah pasti. Dalam kehidupan, sentiasa berlaku perubahan. Sejak dari kecil lagi, kita sentiasa berubah. Xkira dari segi mental ataupun fizikal. Xkira dari segi dalaman ataupun luaran. Tanpe dapat digugat seinci, perubahan itu adalah pasti.
 
dan sesungguhnya CC percaya ada sesetengah orang berubah kerana "someone'. Ya! sesorang itu mampu merubah tingkahlaku dan sehinggalah mampu merubahkan keseluruhan kehidupan seseorang itu...semua orang berhak untuk berubah. Sama-ada berubah ke arah kebaikan mahupun berubah ke arah kejahatan. Korang yang pilih. dan jangan sesekali mengikut kehendak orang sebab korang lebih mengenali siapa diri sebanar korang.  Namun CC percaya, orang yang normal pemikirannya akan berfikir dan mahu berubah ke arah kebaikan demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya. Tapi,  X semua orang tahu bagaimana nak memulakan perubahan itu. Bagaimana dan dari mana nak  melakukannya. Xsemua orang dapat mengumpul kekuatan sendiri tanpa didorong oleh orang lain. Dan Xsemua yang mampu melakukannya tanpa bantuan huluran tangan dari orang lain. dan percayalah jika kita berubah utk menjadi baik ALLAH akan menghantar orang yang baik-baik berama kita. Insya-Allah. Allah tidak akan jatuhkan semangat kita, tidak akan mengherdik dengan kata kita “nak jadi ustazah lah tu”, “nak berlagak dah jadi baiklah tu” dan sebagainya. Mana ada, tapi yang boleh CC cakap   “Selepas “langkah pertama” untuk berubah itu yang terlalu sukar” adalah daripada manusia-manusia keliling kita sendiri. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja dengan izin Allah. Kalau harini kita baik, kita jangan mengata yang jahat, sebabnya, mana tahu suatu hari nanti, dia yang jahat tu akan jadi lebih baik dari kita yang rasa macam dah cukup baik ni. Allah itu Maha Tahu. Dengan izin Dia, segalanya mungkin. (erkkk....tapi manusia xlepas dr mengate orang..kdg2 pon CC pon mcm tu...ehhehhe ..Haip.. tp Xdalah over semacam bila ngate orang).
Apa-apa pon  Perubahan itu menjanjikan kesakitan dan kepedihan namun akhirnya kebahagiaan. 
Mostly, everything dlm dunia ini akan berubah. Kita Xbley expect benda yg dah berkurun lepas masih same dgn sekarang. So, jgn ingat benda yg pernah kita Xsuka tu kita akan benci sampai bila-bila. Perubahan. Itu sudah pasti. Akan pasti berlaku perubahan. 
Vice versa :)
 
And,u know what, people transformer too. :P
Ditulis oleh,
*Makan angin dekat sabah, Mari berubah!*

No comments: