October 21, 2010
k a t a h a t i
kadang2 kita terpaksa mengalah demi kebaikan... ... ... ... ..walau pun kecik hati... walupun sakit hati... .hanya mampu berdiam diri... .sabar... ..selagi boleh bertahan... .senyum selagi boleh senyum... simpan selagi ada tempat kosong... senyap selagi boleh senyap... tak nak keruhkan keadaan... ... nak jaga hati... yang paling tepat... sayang punya pasal... .!!!!
kadang2 org tak terfikir... ... kita pun manusia biasa ... ... ada hati... ada perasaan... ... ... nak jugak merajuk... ..nak jugak marah... ... nak jugak sakit hati... ..tapi... ... ... ..hurmmmm... .
kadang2 kita sentiasa menerima kelemahan dan kekurangan org... ..tapi mampukah org menerima kita seadanya... .sekali kita silap... sekali kita salah... .diabaikan... dihukum... ... dikritik... ... .kecewa... kan... .
kadang2 cuba letakkan diri di tempat tue... agak2nya apa rasa... .frustkan... .mungkin stau ujian... tapi... ... .macam mana suatu hari kita DITOLAK... tak kisahla... dari keluarga ka... ... ..kawan2... ... .teman lelaki... .agak2nya apa yang terjadi pada diri kita... YA ALLAH... .setelah kita korbankan perasaan sendiri... ..setelah kita berusaha menjaga hati org... belajar memahami isi hati org... mengalah... .
kadang2 kita kena fikir positif... InsyaAllah... .suatu hari nanti kita akan dihargai... mudah-mudahan kita mendapat kebahagian sepenuhnya... YA ALLAH... mudah-mudahan juga kita diberi kekuatan supaya tidak berputus asa...
September 28, 2010
We are SPECIAL not SPESIAL
We are SPECIAL not SPESIAL ok!..Setiap orang daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,
Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.
“We are special!"
“Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat”
Firman Allah:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4) |
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5) |
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139) |
Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa
"WE ARE SPECIAL"
April 19, 2010
Cerita Bahagia
B-A-H-A-G-I-A :
Bahagia = Happiness
Saper yang X nak hidup bahagia.. sumer orang mencari kebahagian. Ada yang dah dapat kebahagian mengikut tafsiran masing-masing, ada yang masih tercari-cari dan ada yang masih terlalu jauh dari kebahagiaan. Ada orang kata, bahagia terletak pada kerjaya. Berjaya dan cemerlang dalam berjaya itulah kepuasan dan kebahagiaan bagi dirinya. Ada orang sangat bahagia bila mendapat kenaikan pangkat. Ada orang pulak melompat-lompat gembira dan bahagia bila mendapt bonus atau kenaikan gaji. Ada pulak orang kata, bahagia terletak pada harta. Kalau ada harta banyak, mesti bahagia. Boleh beli apa saja yang ada atas dunia. Sampai ada yang sanggup menggadai maruah diri, agama dan bangsa demi mendapatkan harta.
Orang lain pulak kata, bahagia letaknya pada rupa. Jika ada rupa yang hensem, susuk badan yang sasa... itulah kunci kebahagiannya. Bagi yang perempuan pula, jika ada rupa yang jelita dan seksi pula, mesti boleh menawan satu dunia.
Pendapat lain pulak, bahagia letaknya pada keluarga. Punyai pasangan yang baik dan setia, anak-anak yang ramai dan mendengar kata... itulah bahagia.
Bagi sesetengah orang pulak, kebebasan itulah kebahagiaan yang dicari. Bebas untuk melakukan segala-galanya, tanpa disekat, tanpa dikongkong..alahai, indahnya dunia.
Walauapapun definisi bahagia bagi anda, janganlah lupa bahawa bahagia datang dengan izin-Nya. Bahagian yang diburu bukan sekadar bahagia di dunia. Ingatlah bahawa kesenangan di atas dunia adalah ujian, kesusahan di sini juga adalah ujian. Janganlah terlalu leka dengan kebahagiaan yang sudah pastinya seketika ini.
Jangan juga menyesali setiap kesusahan yang diberi. Sesungguhnya. semuanya datang dari Dia dan akan kembali kepada-Nya.
Semoga kita memperoleh rahmah dan inayahnya di alam sana. Semoga kita berjaya mendapat kebahagiaan yang kekal selama-lamanya di sana. Bermuhasabahlah... semoga hari ini lebih baik dari semalam...
Amin!!!
March 15, 2010
BILA ym TIADA BICARA
Lama kita tak bersembang. Awak selalu akan cakap..
Hey awak, i miss you. Saya tak simpan hati ini untuk awak. Mana mungkin. Mustahil kan? Tapi melupakan awak bagi saya satu kerja gila. Dan mengenangkan awak adalah sesuatu yang tak perlu dipaksa. Kisah kita ibarat ditampar guruh dilangit..akhirnya hujan membasahi hati...
Ditulis oleh,
_____________________________________________________(^-^)
"I'll buzz you back..sy bz dgn final sem..n bla bla..bla...."
Tapi itulah, malam tu sakan jugak duk bergurau. Itulah yang terakhir.dan mungkin Keadaan memaksa hubungan ini menjadi hambar begini...bukan salah awk..sy jugak salah kerna kita tidak patot tuk' teros begini...sy faham kerna berhenti berbicara...
Siapa sangka kan? sat2 kita duk gelak..esok2 plak jadik sedih.
Tahukah betapa saya rindukan awak? dalam ramai ramai sahabat yang saya ada, awak ialah seorang sahabat yang datang tak diundang hilang x perlu dicari. Seronok betuikan? Bersembang. Tak payah sembang merepek-repek. Semuanya tentang kehidupan saya dan kehidupan awak. Cukup berbeza. Bila masa awak sedih.. saya mendengarnya, dan jika saya bersedih awak bertanya tentangnya.
Awak memberikan saya sudut pandangan yang berbeza. Saya tahu, bila saya menulis tentang semua ini, awak X dapat membacanya. Satu dalam berjuta dan antara jutaan itu, awak seorang yang saya akan kenangan sehingga ke akhir hayat.
Kejamkan cara ia berakhir? Apalah daya saya. Masa saya cerita tentang kisah itu mungkin awk Xpercaya. Tapi sekarang, saya tahu apa maksud awak. Mimpi tu, sama ada kerana saya terlalu memikirkan awak atau sama ada saya menantikan sebuah jawaban. Segala-galanya sudah terjawab. Macam yang saya pernah tulis dlu, saya akan pegang mimpi itu sebagai amanah. Saya x pernah berbohong tentang kita dan awak pon tahu. Maaf sebab dlu saya x memenuhi permintaan awak. Tak mudah untuk saya bercerita tentang awak dalam hidup saya kepada rakan-rakan yang lain. Hanya kita saja yang faham.dan akhirnya saya akuinya sy sudah jatuh hati pada awk..cume sy sendiri tak pasti kerna masing2 ada perkara yg harus diutamakan.
Begitu payah untuk saya menerima pesanan mimpi itu.dan begitu payah apabila sy akhirnya mengakui hakikat itu..kisah-kisah saya dan awk akan sy simpan kemas.. Sebenarnya, saya sungguh sedih, tapi apakan daya. Pabila saya teringatkan awak, saya akan menulis.
Kesedihan bertemankan lagu ku mainkan.Hey awak, i miss you. Saya tak simpan hati ini untuk awak. Mana mungkin. Mustahil kan? Tapi melupakan awak bagi saya satu kerja gila. Dan mengenangkan awak adalah sesuatu yang tak perlu dipaksa. Kisah kita ibarat ditampar guruh dilangit..akhirnya hujan membasahi hati...
Ditulis oleh,
March 01, 2010
January 29, 2010
GEMBIRA DALAM DUKA
Ada yang menyatakan bahagia itu relative sifatnya. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat, benda lain pula dirasakannya sebagai bahagia. Pada yang miskin, kaya itu bahagia. Tapi yang kaya, merasakan kaya itu bukan bahagia. Tidak percaya? Baca senarai panjang orang kaya, ternama dan popular yang membunuh diri atau sakit jiwa. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia.
Masalahnya bukan Xmampu mencapai bahagia, tapi ramai yang Xmengetahui apakah erti bahagia sebenarnya. Begitu kata ahli-ahli hikmah bila ditanyakan :
Anehnya, manusia kerap bercakap tentang bahagia – rumah tangga yang bahagia, pasanganyang bahagia atau diri yang bahagia. Bercakap tanpa tahu makna ? Kerap kali orang menyangka orang lain lebih bahagia daripadanya. "Rumput di seberang sana kelihatan lebih hijau," begitu maksud pepatah Inggeris. Ini menyebabkan kita sentiasa tidak puas. Hidup dilihat sebagai satu perbandingan dan pertandingan. Bukan satu kesyukuran yang harus dikongsikan. Jadi apa makna bahagia sebenarnya? Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan. Ketenangan iti letaknya di hati. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa ua ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang sabar. Hati yang tenang dipenuhi oleh rasa qanaah, tawakal, redha dan lain-lain sifat mahmudah. Hati yang sedemikian dinamakan hati yang sejahtera(qalbun salim yang ckp bukan CC yg cakap).
Hati yang mesti dimilki walaupun cuma sedetik, sebelum kita menemui ilahi. Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain…hanya pada ingat Allah. Begitu maksud yang diungkap oleh al-Quran. Rumah tangga yang tenang, ialah apabila setiap anggotanya ingatkan Allah. Apa maksud ingat Allah? Cukupkah dengan ucapan dan sebutan subhanallah, alhamdulillah dan kalimat2 zikir yang lain? Belum. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingat yang menjunam di lubuk hati, yang terluah pada ucapan lidah dan terlahir dalam bentuk tindakan dan perlakuan.
Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak mengeluh, " kenapa aku yang kena? " Sebaliknya terasa, "Aku telah terpilih," Aku hamba Allah, aku layak diuji". Kata Ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput sesuatu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya pinjaman. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah- Pemilik segalanya. Jadi untuk meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah.
Hendaklah dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan takdir itu Allah akan menjanjikan yang terbaik. Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad ( keyakinan) kita, bahawa semua ketentuan Allah itu baik- pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung qadar dengan sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah (ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka. Nikmat maha suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba-Nya. Hati yang tenang akan berbisik:
"Tuhan…aku belum Nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tapi aku yakin ya Allah, ilmu-Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebaliknya musibah ini…yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan." Maha adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin terasa diabaikan. Maha adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit rasa dipinggirkan. Allah telah meletakkan bahagia pada hati yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh sesame manusia… Bahagia itu bukan relative dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah suatu yang mutlak, yang perlu dicapai oleh setiap insane. Mujur dan syukur, perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan.
Ingat kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan tetapi ia ada di sepanjang jalan. Not a destiny, but a journey!
Kata bijak pandai, orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah 'aku bahagia?'
Ditulis oleh,
Mengapa ramai manusia yang tidak bahagia? Jadi teraba-rabalah manusia mencari bahagia. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui.

January 26, 2010
TITIK SINAR MEMBERIKAN SENYUMAN SEKETIKA
jika aku mampu mengubah waktu dahulu takkan aku lalui ini semua. sakit... penat dan meletihkan
dan
jika aku mampu mengubah takdir diri akan kupenuhi dengan warna ceria hidup ini takkan ada yang menangis lagi jika aku mampu mengawal waktu segala cerita duka kan kusingkir jauh dari hidup agar lebih bermakna, jika aku mampu takkan kubiar setitispun air mataku jatuh kerna ibu dan ayahku ..akanKu terus pastikan kebahagianan dan kegembiraan terukir di wajahku selama-lamnya.. namun aku insan biasa redah dengan takdir NYa aku tak mampu mengubah waktu aku tak mampu aku sekadar insan biasa yang mencuba untuk menjadi luar biasa.
Ya Allah, Ya Allah, YA Allah, Ya Allah... .Segala Puji Bagi Mu Ya Allah,Yang Pertama tanpa ada yang meng'awal'nya,Yang Terakhir tanpa ada yang mengakhiri,Yang tak terlihat oleh pandangan orang yang memandang,Yang tak tergambarkan oleh bayangan orang yang membayangkan,
TERIMA KASIH MEMBERI AKU KELUAR SEKETIKA DARI KESENGSARAAN INI SEKETIKA.MEMBERIKAN AKU SENYUMAN DAN KEGEMBIRAAN SEKETIKA.
mungkin tindakan ini tidak benar dan tidak wajar bgku..namun thanx kerna memberikan aku sinar tuk mengukir keceriaan seketika.
___________________________________________________________.......
Ditulis oleh,
January 25, 2010
SORROW OF 24 JANUARY 2010
pejam celik-pejam celik tahun sudah menjangkau 2010.terlalu sekejap masa bergerak... satu tempoh yg CC rasakan agak panjang. Namun aku menantikan tibanya saat itu... .segala mcm rasa yang ada.suka+takut+bimbang semuanya bercampur baur. Ada waktunya rasa Xsabar,ada ketikanya rasa gusar..namun aku tetap menanti tibanya saat itu..Saat yg akan mengubah sebahagian hidup.Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. pertemuan yang diharapkan, penantian yang panjang berakhir jua. Errrmmm...
dan sebenarnya aku suke dengan pertemuan ini..suka..SUKA..tp aku xberharap pertemuan ini menjadi begini..sesungguhnya dan sebanar-benarnya aku BENCI dan BENCI bila menghadapi saat2 bahgia aku dalam keadaan yang tak terduga.
Ahhhhgggg.. Keluhan sendirian ada siapakah lebih mengerti?. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti Xdiberkati Tuhan. tapi kenape mereka terusan membuat hidp aku begini. Xdakah sedikit belas ihsan seorang insan padaKu untuk mencari kebahgiaan sendiri? apa dosaKU? apa salahKU?.....Kadang- kadang timbul bosan di hati timbul benci yang tak bertepi membuak jemu.
tapi masa takkan berundur..sesungguhnya aku pasrah dengan takdir ini. BENAR kita hanya mampu merancang tuhan lebih mengerti dan selagi ada masa aku berharap impian aku ini menjadi kenyataan suatu hati nanti.
untuk DIA...Maafkan aku kerna terlewat merungkaikan keadaan. maafkan aku kerna mengganggu kisah hidupmu. penjelasan itu aku mohon kau mengerti. aku benar-benar tidak terdaya untuk putarkan waktu untuk berundur. Pintaku jangan kau tamatkan kisah ini.
Kenapa dugaanku begitu berat dan perit utk ditanggung..??
"Ya Allah Ya Tuhanku..Kau selamatkanlah org yg paling aku sayangi..Kau Maha ADIL, Maha Mengasihani, Maha Pengampun, Kau tunjukkanlah setiap kebenaranmu..
Ya Allah..Ya Allah..aku tak mampu melihat penderitaan yg ditanggung oleh org yg benar2 aku sayangi.Kau tunjukkanlah kebenaranMu Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..Kau kuatkanlah pertalianku bersamanya Ya Allah..Kau kukuhkan dan kekalkanlah dia sentiasa dihatiku Ya Allah..Aku amat teramat menyayangi dia hingga akhir hayat ku..Aku tak mampu kehilangannya..aku tak bersedia utk kehilangannya Ya Allah..dia cinta ku yg benar2 ikhlas.."
Setiap manusia berhak untuk memiliki kebahagian. Cuma kadangkala untuk mendapat kebahagian itu perlukan pengorbanan. Sampai bila hidupku begini? Semua aku miliki tp... ada sesuatu yang aku cari. Tapi sehingga kini tidak kumilikinya. Tapi... akan kugagahi jua diri ini untuk meneruskan kehidupan ku. Cuma aku kadangkala tidak mampu untuk harunginya.
sesungguhnya aku redha andai ini jalan kisah aku Ya Allah! sebagai manusia, aku akur dengan rentak kehidupan ini. namun KAU lebih mengerti kerna aku seorang manusia yang mempunyai hati utk mencari kegembiraan.
Amin.
January 01, 2010
01.01.10
SelamaT taHun Baru
asaL cite pasaL tahun baru passti semua orang nak tananamkan azam dan tekad untuk mencapai kejayaan..aduh~ apa-apa pun harap-harap apa yang diinginkan dan dihajati akan lebih sempurna dan teros mendapat keberkatan dari Allah. Amin.
haish~~Cik isyqa pon...rasanya sudah lame tidak post entry..tiada apa-apa sebab..maybe tiada kisah yang nak dikongsikan . Cuma hari terasa insaf apabila kedatangan tahun baru 2010 . Hari ini bangun pagi-pagi nampak anak sedaraKu yang coMel...urm..tibe2 terbayang saaT-saat Ketika dia lahir, dia menangis dan orang di sekeliling tersenyum melihat telatah bUdak hingusan yang baru mengenal erti dunia.
Lantas Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis dan Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap.
"Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa"
Oleh itu, rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"~ Albert Camus (dia yang kata bukan cik isyqa yang bilang) (^_^)
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”.
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
_______________________________________________________________________
Jadikan Penhayatan Kepada Anda, Hayati dan renungkanlah
Subscribe to:
Posts (Atom)