April 02, 2012

HERO/HEROIN KENE KAHWIN PAKSE?

KAHWIN @ KAWEN?... aper yang berbeza?.. hanyalah berbeza pada ejaan... (betol x?) namun Perkahwinan adalah PERKONGSIAN..Namun apakah itu Kahwin PAKSA, DIPAKSA, TERPAKSA ataupun MEMAKSA? (opsss!~ado ka memakse? allallallala~) dan yang best siap KONTRAK lagik... Apa-apa pon semuanye mempunyai maksud tersirat & tersirat. TAPI selalunya depaksa berkahwin tanpe kerelaan HATI ( wargh...xrela..xrela...) dan kadang-kadang empunya tuan badan pon tahu ujung pangkal cerita tapi kene KAHWIN. sedih bukan?.. mengape wujudnya kahwin pakse..bukankah  perkahwinan itu adalah alam indah untuk dilalui.. kalau dah terpakse?... (sile ja+wab)..

Seperti kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati, tanda bahagia ialah apabila adanya tenang. Itulah cara mengukur bahagia. Bahawa di dalam sebuah rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah BAHAGIA

OK ... okey... Cik Combat bukan nak cerita bab-bab ini secare khususya tapi nak cakap yang sekarang ni banyak NOVEL-NOVEL yang dihasilkan oleh novelis ditulis hampir sama cerita kisah begitu.. Xkisahlah sama-ada HERO @ HEROIN  kena paksa kawen oleh mak dia, atok ke, nenek ke, keluarge ke atau wasiat tapi yang pasti citer-citer novel sebegini memang hebat diperkatakan...(caye ke Xcaye?)... alah percayerlah...betol tau banyak novel yang CC bace semuanye camtu....ehhehhehhe.... :D.... DAN yang paling pasti time kalau g kedai buku.. bace je sinopsis terus JA+TOH CHEN+TA kan?... ehhehhe.... dan buku tu mesti jadik pujaan..bace sambil golek-golek, senyum-senyum, nages-nages, pastu siap dengan imaginasi.... KALAULAH........... (betoi ka xbetoi?)

Kat sini  meh CC sharekan novel-novel yang pernah CC bace citernye mcm tu....sebenarnye banyak lagik...tapi yang ni je kot otak leh egt....
  1. cinta mekar dihati
  2. maafkan ku sayang
  3. cinta perasa dia
  4. menunggu keretapi - Sharifah Abu Salim (baru je bes bace sebulan lalu)
  5. jodoh atau cinta
  6.  selagi ada sayang
  7. calon menantu mak
  8. bicara hati - (yang ni paling HOT )
  9. sepi tanpa cinta
  10. pilihan mama
  11. bukan terlarang
  12. 7 hari mencintaiku (ayah dia pakse kahwin..karya Siti Rosmizah : nak bgtau semua koleksi novel dia CC ada) --- argh..xpasal-pasak nak eksyen....huhuu
  13. semarak cinta (covel novel dari Kaki Novel yang lain dari lain sebab kaler hitam...heheh)
  14. antara benci dan rindu
  15. lafazkan kalimah cintamu (see... buku tebal-tebal memang kegemaran CC)
  16. sangkar cinta
  17. lagu cinta buatmu (kalau xsilap terbitan fajar pakeer)
  18. sepupuku suamiku
  19. dia milikku
  20. 2x5
  21. setia hingga hujung nyawa
  22. panggil aku kiah
  23. kampung girl  - (baru dihabiskan...yang ni sweet sangat...ni pon HOT di Karyaseni)
  24. isteri separuh masa - (paling latest oleh suri ryana....ni nenek dia yang pakse....paling HOT april ini oleh Kaki Novel)
  25. sebenarnya saya isteri dia - (owh...firash... yang ni no 1 Carta Bestseller di MPH karya Zura Asyfar)
  26. jodoh itu milik kita - (yang ni CC baru bace sekerat....rasenye kalau ptg ni xdak urgent meeting KONPOM cc layan sambil pekena ho...ho..ho...horlick)
Hahahhahha lately ni belom jumpa novel yg xkena kawin paksa,, semua kawin paksa,,, jenuh nk mengingat tu......Kawan-Kawan yang JELITA & KACAK ade lagik xnovel-novel yang boleh share berkenaan tajuk diatas?... TAPIkan.... yang pasti CC ader novel yang dah berulang kali bace xjemu-jemu nak bace....boleh bagi tahap AAA+ sungguh berbeza dari cerite-cerite diatas... aper dia....?



Cerita ni sangat berbeza dengan novel-novel yang aku pernah baca before this. Perbezaan yang aku maksudkan is background cerita yang diketengahkan. This is creative and a bit different. You can see yang sis Melur Jelita buat research untuk siapkan novel ni. Bukan sekadar khayalan dan rekaan semata-mata. At least bila baca mesti korang dapat input yang baru. Yang pasti dna lebih pasti CC berbaloi- baloi untuk CC habiskan 1056 pages .... dah memang kene dengan diri CC yang suke bace buku tebal-tebal...feel memang merewang ntah kemane-mane.. Indirectly you'll learn something just by reading this book of different and pendekatan yang tidak terlalu memaksa. By the way, CC bukan pakar analisis novel.... Saya memang die-hard fan NOVEL... heheh..... dan jika diluangkan masa... saya akan buat REVIEW cikit pasal novel nie...hehehhe~~ novel ni bley masuk dlm senarai novel akan diriview.. Almaklum r CC baru nak aktivativate code berblogging...huhuuhuh...


NOTA : balik nie rase nak g geledah 'GOBOK' dan kotak-kotak kat umah mak (skrg dah kahwin dok umah mak mentua..awal-awl CC kene sound dgn En.Suami jangan ngengade nak bawak semua khazanah novel cintan-cintun dirumah mak dia...dah Xdak tempat nak letak...satu 'gobok' yg dalam bilik ni pon mcm dah xmuat r...kuikuikui....So.. En.Suami silelah cepat2 siapkan rumah K.I.T.A)... 

OK...nak recall otak ader lagik x novel-novel begini.....kalau kengkawan CC semua egt..leh r share r kat sini....

p/s : sedang menghapdate Otak utk carik idea design2 customer yg xsiap lagik...memule part time bisnes on9..tp skunk ney mcm dah part time...BIG BOS pon dah pelik tgk CC yang bz memanjang.. OK bos..jgn risau kerja-kerja Opis tetap diselesaikan even saye dah naik muak buat 'paper work'...ahhaha... speacial sedekah buat penulis kegemaran pon masih On-process...(erks...next week semua siap).....
Dicoret,

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Novel yang menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH

Wah... CC dah start dengan dan kembali dengan review novel-novel dia.. ahhaha... sememangnye saya KAKI NOBEL eh KAKI NOVEL... sbb ramai sgt yang nak pinjam novel dari CC meh CC terangkan citer nie....

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Kesudahnnya anda akan dapat selepas anda membacanya... senang cite CC nak gtau...xrugi dan menyesal beli.. tapi kepada si kaki novel yang xberape kaki novel mesti akan kutuk-kutuk... hehhehe


HARGA ?? ADE SESAPE NAK PINJAM?...
Judul : Sebenarnya, Saya Isteri Dia
Penulis : Zura Asyfar
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM33