"I'll buzz you back..sy bz dgn final sem..n bla bla..bla...."
Tapi itulah, malam tu sakan jugak duk bergurau. Itulah yang terakhir.dan mungkin Keadaan memaksa hubungan ini menjadi hambar begini...bukan salah awk..sy jugak salah kerna kita tidak patot tuk' teros begini...sy faham kerna berhenti berbicara...
Siapa sangka kan? sat2 kita duk gelak..esok2 plak jadik sedih.
Tahukah betapa saya rindukan awak? dalam ramai ramai sahabat yang saya ada, awak ialah seorang sahabat yang datang tak diundang hilang x perlu dicari. Seronok betuikan? Bersembang. Tak payah sembang merepek-repek. Semuanya tentang kehidupan saya dan kehidupan awak. Cukup berbeza. Bila masa awak sedih.. saya mendengarnya, dan jika saya bersedih awak bertanya tentangnya.
Awak memberikan saya sudut pandangan yang berbeza. Saya tahu, bila saya menulis tentang semua ini, awak X dapat membacanya. Satu dalam berjuta dan antara jutaan itu, awak seorang yang saya akan kenangan sehingga ke akhir hayat.
Kejamkan cara ia berakhir? Apalah daya saya. Masa saya cerita tentang kisah itu mungkin awk Xpercaya. Tapi sekarang, saya tahu apa maksud awak. Mimpi tu, sama ada kerana saya terlalu memikirkan awak atau sama ada saya menantikan sebuah jawaban. Segala-galanya sudah terjawab. Macam yang saya pernah tulis dlu, saya akan pegang mimpi itu sebagai amanah. Saya x pernah berbohong tentang kita dan awak pon tahu. Maaf sebab dlu saya x memenuhi permintaan awak. Tak mudah untuk saya bercerita tentang awak dalam hidup saya kepada rakan-rakan yang lain. Hanya kita saja yang faham.dan akhirnya saya akuinya sy sudah jatuh hati pada awk..cume sy sendiri tak pasti kerna masing2 ada perkara yg harus diutamakan.
Begitu payah untuk saya menerima pesanan mimpi itu.dan begitu payah apabila sy akhirnya mengakui hakikat itu..kisah-kisah saya dan awk akan sy simpan kemas.. Sebenarnya, saya sungguh sedih, tapi apakan daya. Pabila saya teringatkan awak, saya akan menulis.
Kesedihan bertemankan lagu ku mainkan.Hey awak, i miss you. Saya tak simpan hati ini untuk awak. Mana mungkin. Mustahil kan? Tapi melupakan awak bagi saya satu kerja gila. Dan mengenangkan awak adalah sesuatu yang tak perlu dipaksa. Kisah kita ibarat ditampar guruh dilangit..akhirnya hujan membasahi hati...
Ditulis oleh,