April 19, 2010

Cerita Bahagia

B-A-H-A-G-I-A

Bahagia = Happiness Saper yang X nak hidup bahagia.. sumer orang mencari kebahagian. Ada yang dah dapat kebahagian mengikut tafsiran masing-masing, ada yang masih tercari-cari dan ada yang masih terlalu jauh dari kebahagiaan. Ada orang kata, bahagia terletak pada kerjaya. Berjaya dan cemerlang dalam berjaya itulah kepuasan dan kebahagiaan bagi dirinya. Ada orang sangat bahagia bila mendapat kenaikan pangkat. Ada orang pulak melompat-lompat gembira dan bahagia bila mendapt bonus atau kenaikan gaji. Ada pulak orang kata, bahagia terletak pada harta. Kalau ada harta banyak, mesti bahagia. Boleh beli apa saja yang ada atas dunia. Sampai ada yang sanggup menggadai maruah diri, agama dan bangsa demi mendapatkan harta. Orang lain pulak kata, bahagia letaknya pada rupa. Jika ada rupa yang hensem, susuk badan yang sasa... itulah kunci kebahagiannya. Bagi yang perempuan pula, jika ada rupa yang jelita dan seksi pula, mesti boleh menawan satu dunia. Pendapat lain pulak, bahagia letaknya pada keluarga. Punyai pasangan yang baik dan setia, anak-anak yang ramai dan mendengar kata... itulah bahagia. Bagi sesetengah orang pulak, kebebasan itulah kebahagiaan yang dicari. Bebas untuk melakukan segala-galanya, tanpa disekat, tanpa dikongkong..alahai, indahnya dunia. Walauapapun definisi bahagia bagi anda, janganlah lupa bahawa bahagia datang dengan izin-Nya. Bahagian yang diburu bukan sekadar bahagia di dunia. Ingatlah bahawa kesenangan di atas dunia adalah ujian, kesusahan di sini juga adalah ujian. Janganlah terlalu leka dengan kebahagiaan yang sudah pastinya seketika ini. Jangan juga menyesali setiap kesusahan yang diberi. Sesungguhnya. semuanya datang dari Dia dan akan kembali kepada-Nya. Semoga kita memperoleh rahmah dan inayahnya di alam sana. Semoga kita berjaya mendapat kebahagiaan yang kekal selama-lamanya di sana. Bermuhasabahlah... semoga hari ini lebih baik dari semalam... 

Amin!!!
Ditulis oleh,
...............Biarlah hati berteka-teki

March 15, 2010

BILA ym TIADA BICARA

Lama kita tak bersembang. Awak selalu akan cakap..

"I'll buzz you back..sy bz dgn final sem..n bla bla..bla...."
Tapi itulah, malam tu sakan jugak duk bergurau. Itulah yang terakhir.dan mungkin Keadaan memaksa hubungan ini menjadi hambar begini...bukan salah awk..sy jugak salah kerna kita tidak patot tuk' teros begini...sy faham kerna berhenti berbicara... Siapa sangka kan? sat2 kita duk gelak..esok2 plak jadik sedih. Tahukah betapa saya rindukan awak? dalam ramai ramai sahabat yang saya ada, awak ialah seorang sahabat yang datang tak diundang hilang x perlu dicari. Seronok betuikan? Bersembang. Tak payah sembang merepek-repek. Semuanya tentang kehidupan saya dan kehidupan awak. Cukup berbeza. Bila masa awak sedih.. saya mendengarnya, dan jika saya bersedih awak bertanya tentangnya. Awak memberikan saya sudut pandangan yang berbeza. Saya tahu, bila saya menulis tentang semua ini, awak X dapat membacanya. Satu dalam berjuta dan antara jutaan itu, awak seorang yang saya akan kenangan sehingga ke akhir hayat. Kejamkan cara ia berakhir? Apalah daya saya. Masa saya cerita tentang kisah itu mungkin awk  Xpercaya. Tapi sekarang, saya tahu apa maksud awak. Mimpi tu, sama ada kerana saya terlalu memikirkan awak atau sama ada saya menantikan sebuah jawaban. Segala-galanya sudah terjawab. Macam yang saya pernah tulis dlu, saya akan pegang mimpi itu sebagai amanah. Saya x pernah berbohong tentang kita dan awak pon tahu. Maaf sebab dlu saya x memenuhi permintaan awak. Tak mudah untuk saya bercerita tentang awak dalam hidup saya kepada rakan-rakan yang lain. Hanya kita saja yang faham.dan akhirnya saya akuinya sy sudah jatuh hati pada awk..cume sy sendiri tak pasti kerna masing2 ada perkara yg harus diutamakan. Begitu payah untuk saya menerima pesanan mimpi itu.dan begitu payah apabila sy akhirnya mengakui hakikat itu..kisah-kisah saya dan awk akan sy simpan kemas.. Sebenarnya, saya sungguh sedih, tapi apakan daya. Pabila saya teringatkan awak, saya akan menulis. Kesedihan bertemankan lagu ku mainkan.

Hey awak, i miss you. Saya tak simpan hati ini untuk awak. Mana mungkin. Mustahil kan? Tapi melupakan awak bagi saya satu kerja gila. Dan mengenangkan awak adalah sesuatu yang tak perlu dipaksa. Kisah kita ibarat ditampar guruh dilangit..akhirnya hujan membasahi hati...

Ditulis oleh,
_____________________________________________________(^-^)

March 01, 2010

F I D E L I T Y

tell me how can someone possibly hate this song? It makes you feel better when you're down!


January 29, 2010

GEMBIRA DALAM DUKA

Ada yang menyatakan bahagia itu relative sifatnya. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat, benda lain pula dirasakannya sebagai bahagia. Pada yang miskin, kaya itu bahagia. Tapi yang kaya, merasakan kaya itu bukan bahagia. Tidak percaya? Baca senarai panjang orang kaya, ternama dan popular yang membunuh diri atau sakit jiwa. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia. Masalahnya bukan Xmampu mencapai bahagia, tapi  ramai yang Xmengetahui apakah erti bahagia sebenarnya. Begitu kata ahli-ahli hikmah bila ditanyakan :

Mengapa ramai manusia yang tidak bahagia? Jadi teraba-rabalah manusia mencari bahagia. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui. 

Anehnya, manusia kerap bercakap tentang bahagia – rumah tangga yang bahagia, pasanganyang bahagia atau diri yang bahagia. Bercakap tanpa tahu makna ? Kerap kali orang menyangka orang lain lebih bahagia daripadanya. "Rumput di seberang sana kelihatan lebih hijau," begitu maksud pepatah Inggeris. Ini menyebabkan kita sentiasa tidak puas. Hidup dilihat sebagai satu perbandingan dan pertandingan. Bukan satu kesyukuran yang harus dikongsikan. Jadi apa makna bahagia sebenarnya? Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan. Ketenangan iti letaknya di hati. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa ua ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang sabar. Hati yang tenang dipenuhi oleh rasa qanaah, tawakal, redha dan lain-lain sifat mahmudah. Hati yang sedemikian dinamakan hati yang sejahtera(qalbun salim yang ckp bukan CC yg cakap).
Hati yang mesti dimilki walaupun cuma sedetik, sebelum kita menemui ilahi. Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain…hanya pada ingat Allah. Begitu maksud yang diungkap oleh al-Quran. Rumah tangga yang tenang, ialah apabila setiap anggotanya ingatkan Allah. Apa maksud ingat Allah? Cukupkah dengan ucapan dan sebutan subhanallah, alhamdulillah dan kalimat2 zikir yang lain? Belum. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingat yang menjunam di lubuk hati, yang terluah pada ucapan lidah dan terlahir dalam bentuk tindakan dan perlakuan.

Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak mengeluh, " kenapa aku yang kena? " Sebaliknya terasa, "Aku telah terpilih," Aku hamba Allah, aku layak diuji". Kata Ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput sesuatu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya pinjaman. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah- Pemilik segalanya. Jadi untuk meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah.
Hendaklah dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan takdir itu Allah akan menjanjikan yang terbaik. Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad ( keyakinan) kita, bahawa semua ketentuan Allah itu baik- pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung qadar dengan sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah (ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka. Nikmat maha suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba-Nya. Hati yang tenang akan berbisik:  
"Tuhan…aku belum Nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tapi aku yakin ya Allah, ilmu-Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebaliknya musibah ini…yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan." Maha adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin terasa diabaikan. Maha adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit rasa dipinggirkan. Allah telah meletakkan bahagia pada hati yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh sesame manusia… Bahagia itu bukan relative dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah suatu yang mutlak, yang perlu dicapai oleh setiap insane. Mujur dan syukur, perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan.
Ingat kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan tetapi ia ada di sepanjang jalan. Not a destiny, but a journey!
Kata bijak pandai, orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah 'aku bahagia?'
Ditulis oleh,

January 26, 2010

TITIK SINAR MEMBERIKAN SENYUMAN SEKETIKA

jika aku mampu mengubah waktu dahulu takkan aku lalui ini semua. sakit... penat dan meletihkan 
dan 

jika aku mampu mengubah takdir diri akan kupenuhi dengan warna ceria hidup ini takkan ada yang menangis lagi jika aku mampu mengawal waktu segala cerita duka kan kusingkir jauh dari hidup agar lebih bermakna, jika aku mampu takkan kubiar setitispun air mataku jatuh kerna ibu dan ayahku ..akanKu terus pastikan kebahagianan dan kegembiraan terukir di wajahku selama-lamnya.. namun aku insan biasa redah dengan takdir NYa aku tak mampu mengubah waktu aku tak mampu aku sekadar insan biasa yang mencuba untuk menjadi luar biasa. 

Ya Allah, Ya Allah, YA Allah, Ya Allah... .Segala Puji Bagi Mu Ya Allah,Yang Pertama tanpa ada yang meng'awal'nya,Yang Terakhir tanpa ada yang mengakhiri,Yang tak terlihat oleh pandangan orang yang memandang,Yang tak tergambarkan oleh bayangan orang yang membayangkan,

TERIMA KASIH MEMBERI AKU KELUAR SEKETIKA DARI KESENGSARAAN INI SEKETIKA.MEMBERIKAN AKU SENYUMAN DAN KEGEMBIRAAN SEKETIKA. 
mungkin tindakan ini tidak benar dan tidak wajar bgku..namun thanx kerna memberikan aku sinar tuk mengukir keceriaan seketika.

___________________________________________________________.......



Ditulis oleh,
if u really want to go from my life..please,dont said anything to me... juz go... but i want u know its hard 4 me... i can't accept it... but i have to let u go if it what u want... i juz want u happy with ur life... but, remember!i lurve u n i will wait for u,friend...

January 25, 2010

SORROW OF 24 JANUARY 2010

pejam celik-pejam celik tahun sudah menjangkau 2010.terlalu sekejap masa bergerak... satu tempoh yg CC rasakan agak panjang. Namun aku menantikan tibanya saat itu... .segala mcm rasa yang ada.suka+takut+bimbang semuanya bercampur baur. Ada waktunya rasa Xsabar,ada ketikanya rasa gusar..namun aku tetap menanti tibanya saat itu..Saat yg akan mengubah sebahagian hidup.Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. pertemuan yang diharapkan, penantian yang panjang berakhir jua. Errrmmm...
dan sebenarnya aku suke dengan pertemuan ini..suka..SUKA..tp aku xberharap pertemuan ini menjadi begini..sesungguhnya dan sebanar-benarnya aku BENCI dan BENCI bila menghadapi saat2 bahgia aku dalam keadaan yang tak terduga.
Ahhhhgggg.. Keluhan sendirian ada siapakah lebih mengerti?. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti Xdiberkati Tuhan. tapi kenape mereka terusan membuat hidp aku begini. Xdakah sedikit belas ihsan seorang insan padaKu untuk mencari kebahgiaan sendiri? apa dosaKU? apa salahKU?.....Kadang- kadang timbul bosan di hati timbul benci yang tak bertepi membuak jemu. tapi masa takkan berundur..sesungguhnya aku pasrah dengan takdir ini. BENAR kita hanya mampu merancang tuhan lebih mengerti dan selagi ada masa aku berharap impian aku ini menjadi kenyataan suatu hati nanti. 
untuk DIA...Maafkan aku kerna terlewat merungkaikan keadaan. maafkan aku kerna mengganggu kisah hidupmu. penjelasan itu aku mohon kau mengerti. aku benar-benar tidak terdaya untuk putarkan waktu untuk berundur. Pintaku jangan kau tamatkan kisah ini. Kenapa dugaanku begitu berat dan perit utk ditanggung..??

"Ya Allah Ya Tuhanku..Kau selamatkanlah org yg paling aku sayangi..Kau Maha ADIL, Maha Mengasihani, Maha Pengampun, Kau tunjukkanlah setiap kebenaranmu..
Ya Allah..Ya Allah..aku tak mampu melihat penderitaan yg ditanggung oleh org yg benar2 aku sayangi.Kau tunjukkanlah kebenaranMu Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..Kau kuatkanlah pertalianku bersamanya Ya Allah..Kau kukuhkan dan kekalkanlah dia sentiasa dihatiku Ya Allah..Aku amat teramat menyayangi dia hingga akhir hayat ku..Aku tak mampu kehilangannya..aku tak bersedia utk kehilangannya Ya Allah..dia cinta ku yg benar2 ikhlas.."

Setiap manusia berhak untuk memiliki kebahagian. Cuma kadangkala untuk mendapat kebahagian itu perlukan pengorbanan. Sampai bila hidupku begini? Semua aku miliki tp... ada sesuatu yang aku cari. Tapi sehingga kini tidak kumilikinya. Tapi... akan kugagahi jua diri ini untuk meneruskan kehidupan ku. Cuma aku kadangkala tidak mampu untuk harunginya. sesungguhnya aku redha andai ini jalan kisah aku Ya Allah! sebagai manusia, aku akur dengan rentak kehidupan ini. namun KAU lebih mengerti kerna aku seorang manusia yang mempunyai hati utk mencari kegembiraan.
Amin.
Ditulis oleh,

January 01, 2010

01.01.10

SelamaT taHun Baru
asaL cite pasaL tahun baru passti semua orang nak tananamkan azam dan tekad untuk mencapai kejayaan..aduh~ apa-apa pun harap-harap apa yang diinginkan dan dihajati akan lebih sempurna dan teros mendapat keberkatan dari Allah. Amin. haish~~Cik isyqa pon...rasanya sudah lame tidak post entry..tiada apa-apa sebab..maybe tiada kisah yang nak dikongsikan . Cuma hari terasa insaf apabila kedatangan tahun baru 2010 . Hari ini bangun pagi-pagi nampak anak sedaraKu yang coMel...urm..tibe2 terbayang saaT-saat Ketika dia lahir, dia menangis dan orang di sekeliling tersenyum melihat telatah bUdak hingusan yang baru mengenal erti dunia. Lantas Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis dan Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap. "Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa" Oleh itu, rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma. "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"~ Albert Camus (dia yang kata bukan cik isyqa yang bilang) (^_^) “rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”.
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa. Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
_______________________________________________________________________
Jadikan Penhayatan Kepada Anda, Hayati dan renungkanlah

October 30, 2009

tiba-tiba nak bertukar..

JIKA dalu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka,tawe,riang gumbira dan apa2 yang boleh menjadikan kita sennang dengannya malahan dan serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya. Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu. Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya? Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya. Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya. 

 Pro *Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari.  
*Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.  
*Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.

 Kontra *Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya atau mencipta keterujaan. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.  
*Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat. Tpi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.  
*Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dahulunya hanya seorang teman biasa. *Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan kamu? 
 
Risiko bercinta dengan sahabat? Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah. Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah. Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya. Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri. Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan.
Selamat mencuba jika benar2 pasti
"Cinta takkan bergolek kalau tidak diraba, cinta takkan dapat kalau tidak diberi"...
Ditulis oleh,

October 28, 2009

you are selfiSh..

u alwayz think that u are right... u alwayz think that u are very nice... u alwayz think that ur step are right... u alwayz think that i not understand u... u alwayz think that i hurt u so many times... ... but... u dont know what i feel... u just think urself... u never want to think about the people surrounding u... and I.. so sad with u wise... but... i never want to let u know... and show to u what i feel... because... i dont want to hurt u... and ... i know it may hurt u... more than ur finger cut with knife... am i right??

October 12, 2009

SALAM PENGHUJUNG RAYA


mohon maaf pada sume teman-teman yg melawati blog aku ni eh...rasernyer udah agak lame aku tak update news kat sini...bukannay ada aper2..sy bz menyiapkan report praktikum sy dan ditambah lagi keadaan yang tidak mengizinkan tok sy mencoretkan sebarang aktiviti dan informasi..hehhe~~aper2 pon..tinggal algi seminggu bulan syawal akan menutup tirai ..moga2 segala ada salah silap dan terkasar bahase sy mohon ampun dan maaf...
n pada sume kawan2 dan teman di UUM terutamanya batch 2006-2009 Bachelor develeopment Management (BDM) sy ucapkan tahniah kerna telah menghabiskan latihan praktikal dan juge congrates kepada teman2 yg grad lebih awl dr kami yg br saje menghabiskan praktikal..tahniah atas latihan ilmiah yg kornag laksanerkan..n all of u wish of luck ya~~aper2 pon yg korang buat semoga diberkati oleh allah..dan pada yg telah mendapatkan kerjaya moga-moga terusan sukses ya~~kalian sungguh bertuah..takpe dan tak kisahlah kerja sebgai aper..at least leh gak tambah pengalaman...SELAMAT BERTUGAS !!~~dan juga pada teman2 yg belum berfikir2 tok lakukan tindakan selanjutnya...buatlah apa2 yang mampu mengisi masa lapang dgn korang...dan pada yg melanjutkan pengajian masters, moga2 ape yg dihajati teros-terosan dimiliki...amin...
--------------------------------------------praCtiC3 mak3s p3rf3Ct... II

September 10, 2009

ThinKing of You

***The wind in fierce*** ***The air is crisp*** ***Spring has found me*** ***Thinking of you*** ***The trees all blossom*** ***The flowers all bud*** ***Such bold such beautiful colors*** ***Thinking of you*** ***Afternoon sat in my garden listened to*** ***the birds and watched the crows*** ***Thinking of you*** ***This evening the sun sets and I will take*** ***in the beautiful array of colors in the*** ***evening sky,can see them now shades of pink,*** ***shades of purple even blue with hints of orange*** ***including pink*** ***Thinking of you*** ***Spring night sky filled with bright shining*** ***stars an illuminated moon shine what more*** ***could I ask for when thinking about you*** ***Thinking about you*** ***I still love you*** ***Thinking of you***

June 30, 2009

LANGKAH PERTAMA

cerotan aku ari neh simple jer..lintasan fikiran aku meminta aku mencoretkannya disini...kebosanan aku pada ari ni pon tahap sengaL2 ubi jugaK kadang2 kan kiter terase sesuatu yang asing bukan..?? cuba korang fikirkan..Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Orang puteh panggil 
" A Journey A Thousand Miles Begin With the First Step ". Satu perkara yang dirancang perlu dijalankan. Walaupun orang tetua berkater "Manusia hanya merancang Tapi tuhan yang menentukan". Suatu perubahan yang dikehendaki perlulah ader permulaannya pendek kater "Nak seribu daya tak nak Seribu dalih". Sebuah citer-citer laks bukan satu angan-angan sebaliknya perlu dijadikan pegangan. TETAPI semua ini bermula dengan langkah pertama. Dalam idup manusia nie, perkara paling penting adalah langkah pertama. Tak kira ler dalam keadaan positif atau negatif. Cuma yang membezakannya adalah cara & bagaimana nak memulakannya. Kebanyakan individu memang sukar untuk memulakan suatu langkah untuk perubahan atau perancangan . Ini di sebabkan oleh seseorang itu rasa kurang selesa atau takut kepada perubahan. Seseorang itu kurang selesa kerana mungkin langkah untuk perubahan yang dilakukannya akan membawa kesan negatif kepada perancangan. Seseorang itu rasa takut kerana takut diatas langkah yang telah ianya pilih akan gagal kepada apa yang dirancangkannya. Ada yang mempunyai rasa rendah diri terhadap cita-cita yang hendak dicapai. Ini mungkin seseorang itu takut dirinya di cemuh dan diketawakan. Dan ader juga yang hanya masih mampu berangan-angan kepada apa yang dicita-cita. Setiap citer-citer perlu ader usaha. Dengan ader usaha barulah suatu citer-citer akan berjaya. Tanpa langkah pertama semua perkara takkan bermula. Tanpa usaha untuk bermula semua perkara sia-sia ajer.

 
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Ditulis oleh,

June 26, 2009

KEMBALI MENCATAT

selama 3 ari..sungguh menyeronokkan..almaklumla..aku teraser da dibiaserkan plak tok mengahdiri benda2 camnie..saya puji sumer sikap ramah -tamasalam jUmaat tok semua..mudahan2 ari ni ari pembawa rezeki n diberkati oleh Allah hendaknyer...agak lamer saya tak catatkan aktiviti harian aku sepanjang aku berpraktikum ne..anyway aku br sajer balik dr johor bharu kerna menghadiri bengkel penyediaan tenderh dalam unit n PPh neh..baik2 sumernyer...time berLepas
GUmbira buakn aku pagi2..huhu..actually ntah ler..aku ader ckit kelainan pada diri aku yg aku alami..sebab aper?? urm..tu biarlah menjadi rahsia aku....


mAsa sarapAn yG memang KAki makan
berposIng jgn LUperkan...
aktiviti SepanjanG beNGkeL
MAsa-masA bekerJA
urm...itulah aktiviti yg aku lakukan sepanjang minggu inie. kepenatan memang ader,sumer perasan ader..smpai balik dr jb aku dilanda demam.. huhu..selsema... --------------BUKAn MUdaH mengecaP kejaYAaN tanPA UsahA --------

June 18, 2009

KETERBASAN WAKTU

1st nk ucapkan 10Q kerna sudi mengklik mouse pd topik neh..smbil2 thread laen sdg rancak diperbincangkan CIK COMBAT  ingin tarik perhatian korang sume pd topik ni..
 
~ Bagaimana Hubungan Kita Dengan Al-Quran? ~
tujuan aku menulis neh bkn utk bermegah2 or gebang2 kosong tp jadikan neh sbg 1 renungan atau iktibar pd dri sendiri terutamanya pada diri aku sendiri..yer ler manusia lalai....bende yg dekat dgn dri kite kite xpenah sedar pon kn? dan xpernah terlintas utk direnungkan. tetiber aku terlintas seketka di meja kerja aku neh..AL-QURAN??

Pertanyaan PERTAMA : Bagaimana keadaan al-quran skrg kt umah korang? pernah x korang sentuh & bace die? kalau belom penah, bile korang nk start ngaji?
***Nampaknyer jawapan tu cam terkener batang idung sendirikkan?? Xpyh tunding dekat org,,tgk diri sendiri..aku pon samer..padahal khatam dah..dulu kechik2 sanggup kener tibai kalo mls ngaji..siap plak kener blajo nerzanji..urm..alahai manusia..so korang lak camner??
slalonyer kiter bc al-quran mengikut maserkan?? dlm solat tu ayat yg wajib..pastu kalo bulan ramdhan baru nak sedar tok bc..tu pon kalo khatam r..timer sebulan tu jer kiter nak menjenguk2. selak2 helaian al-quran tapi bulan2 lain?? ader terpikir..maybe dibiarkan saja dlm almari sampai plak ader yg kusam...ntah la..kdg2 aku pon samer jer..(heheh...)...aku terfikir sejenak..egt zaman kechik2...biler tgk anak sedare aku plak tiap2 mlm kener pi kelas ngaji..n tak semener-mener pon aku br teringat...

disini CIK COMBAT ingin kongsi 1 story dgn korang sume..mengikut pengalaman sendri,if kite xpenah & jarang sekali bace quran..percayerlah ini akan berlaku....
nafas kite akn sempot2 bile kite nk tarik harakat yg pnjang... padahal senang je.(kalo xcaye try la buat skrg) tapikan pelik bin ajiab mengapa lagu faizal tahir,siti nurhaliza,jacklyn n lain2 tue kite leh tarik tinggi pitching nye? tp quran?? Sendri fikir..jgn bace skadar melepas batok ditangga je... ..bace lame2 skit & try tarik harakat yg panjangnye 6 harakat..lps pd 2 perhatikan ape yg berlaku pd pernafasan kite wktu tu..kalo de sempot2 2 JAWAPANNYA =... ... ... ... ... ... .
hubungan korang dgn quran tersangat2 la jaoh. so neh da kes kene 'erat2 kan hubungan korang dgn kitab suci neh'..(dlm dunia IT neh, kite nk pulak berkenalan sesame sndri tp quran sebab pe kite xpenah try utk berkenalan dgn lebey dekat lg??ade setengah org pakar agama ckp,kalo kite bce sempot2 tu maknanye hati kite penuh dgn titik2 hitam(dosa)... 
bile kite selalu bace, titik2 hitam tu akan sedikit demi sedikit hilang... ..
HELLO  korang was2 dgn aper aku ckp neh, korang g tnye yg pakar agama..tgk ape die kata, dan lps 2 korang text kat aku eh... akue pn nk tao jgk..(serius neh) bende yg baek elok kite share bersame2.. dan SATU lagi perubahan yg korang akn nmpk adalah bile korang selalu ngaji quran... amalkan dlm mase 7hari tnpe henti... lame2 nt korang akn jd sorg yg suke mengaji..(xcaye?try buat skrg & tgk sndri perubahannye) 

SEKIAN, diharapkan topik neh bukan omong2an kosong dan mengundang rase tak puas ati k..aku sendiri pon dok tergaru2 kpale mencari sesuatu,..sebab aku sendiri pikir..aku pon samer gak lalai..jarang la sgt nak bc...tp aku berharap sgt2 pas neh dpt membuke mata hati korang termasok diri sendri (AKU a.k.a CIK COMBAT) yang sgt nakal neh ...sebab aku sedar biler nak cakap sesuatu cerminkan diri sendiri dan fikirkan setiap perkara nak buatt..kire senang nk ckp cam Nabil "LU PIKIRLAH SENDIRIK..."

==Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati, jika kau tidak temuinya juga, berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru==

Ditulis oleh,
MOOD AKUE : Free Smileys MALOOO..Free Smileys

June 11, 2009

TIME IS RUNNING

 
........................Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan. ........................ 

 Urmm..banyak sudah ari berlalu..n banyak sudah masa dibazirkan..kdg2 antara sedar atau tak..setiap saat tak digunakan dengan manfaatnya..setiap detik biar berlalu..dan terus-terus menjadi penangguh masa.. YUP....bagi aku sesungguhnyer masa itu amat beerti..namun kita seringkali menyalahgunakan mengatakan masa itu tidak cukup... bukan untuk menyalahkan mana2 pihak..tp lihat dulu diri sendiri n cermin pada diri.. masa sering berputar,,dan ianya Xterhenti walau seberntar,,so kita ler yg perlu pandai untuk menyusun pergerakan agar masa itu digunakan dengan sebaik-baiknya... rasernyer da dekat dua minggu aku kat sini berpraktikal..

Perkembangan aku??alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar..padahal kdg2 aku sendiri perlu mengenal erti alam pekerjaan..menjadi pemerhati disini...adeh~~ bnyak ragam aku lihat..dr yg elok hingga yg tak elok.. rupernyer susah jugak nak sesuaikan keadaan n memahami tingkah laku org..feel org bekerja semuanya berbeza2..tp tulah hakikat.. bagik aku mudah saja  
"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan" ... 
yup..aku setuju... adeh..mals aku nak tulis da.. aku sempat mengarut tu jer tok ari neh... sebab otak aku serabot tiba-tiba.. chow dulu ya..Salam.

-KeKeliruan Melanda Minda. kemerenGan menguris Jiwa...KesengaLAn merobek Ati- 
Ditulis oleh,

June 03, 2009

DUNIA PEKERJAAN SATU JENAYAH

Baru tiga hari Praktikal... Tapi aku dah boring, Aku dah jemu, Aku dah sebu... . Ape yang tak kena? Entah laa... mak belalang pun tak tau... Ikhlas ke aku ari tu?? Entah laa... pak belalang lagi laa tak tau... Hai... Kalo gini rasanye, Boleh laa... boleh BLAH!!! Atau, Memang cenggini keadaannya.. Entah laa.. belalang teramat tak tau.. Sebab belalang masuk universiti tp malas.. MMM... . Aku dah kehausan  = Omputih kata exhausted... Sebab konon nak buat baik... Gading tercongok menunggu, Tanduk lak yang aku pandang... apepun, Padan ngan muke aku!!

Aper tugas aku hari nie?? balik2 adap pc.. adap pc.. n jadik pemerhati yg berhemah kat opis neh.. tak per2..kengkadang aku leh lihat dr pemerhatian kita leh mengetahui sesuatu..kita boleh berfir..dan secra tak langsung leh gak tajamkan otak tok berfikir.. bagoskan?? yup..aku berpegang pada prisip aku maser muler melangkah ke alam yg memberi seribu satu persoalan yang tidak akanku jangka... but today i learnt sumtin from 'BOS'... he's said.. "DUNIA PEKERJAAN SATU JENAYAH" cam beshkan topik tue.. raser macam pelik.. memuler aku disuakan dgn kenyataan tu aku rasa otak2 saraf aku mcm bangon dari tito?? yup cam kener renjatan elektrik .... tp biler borak2 dan bincangkan isu neh.. aku sudah dpt mengerti sedikit demi sedikit.. memuler dan aku tersedar 1st time aku lihat encik ni mcm menakutkan but he's good looking n satu perkara lagi yg aku sedar..dia kuat bermain dgn psikologikal.. dan aku pegang lagik prinsip aku.. dan apa yang kita nampak zahirnya bukan semestinya akan melihatkan apa yang tersimpan pada batin seseorang itu.Jadi, sebagai khalifah allah yg hina aku telah mengingatkan diri aku "don't JUdge People". Walau kamu lihat dia seperti iblis sekalipun, jangan kamu kata dia ni memang jahat... macam setan!!! Jangan... sebab bila kita kata begitu kita telah menghukum dia. Kita telah menjatuhkan nilai yang bukan sebenar-benarnya tentang diri dia.

MAYBE  pada masa yang kita lihat itu sahaja perangainya sebegitu... Sebelum2 itu bukan sebegitu. Atau mungkin dihadapan kita sahaja, kebetulan peristiwa yang menjadikan dia nampak macam iblis itu, namun hakikatnya bukan... Fikirlah,tapi apa yang pasti...yg aku buleh nilai "Di dalam diri manusia ada sifat-sifat dan ciri-ciri yang menyamai" 

1.Syaitan;
2.Binatang;
3.Malaikat
4. Sifat-sifat Allah

camner best tak topik yg arini aku bualkan.. sgt bahgia sesangat... urm.. idea tok aku tulis dlm buku log aku.. tp leh ker?? hehhe...terpulang r.. tp aku dpt sesuatu yang telah diberi khidmat nasihat.. aper da aku membebel pagi2 neh... tp satu benda lagik aku nak share untuk pagi neh... result exam da kuar.. urm.. aku bangga sedikit neh..raser bahagia sedikit.. keputusan aku cemerlang.. heheh kenaper?? sebab last sem aku hanya amik 4paper jer..pastu aku dpt 3A n 1b+...huhu.. dan ini membenggakan aku sebab PMK aku telah naik.. belom lagik masuk dgn praktikal... mintak2 bertambah ler lagik... mudah-mudahan..... (dean lagik r taon nie..bangga siot!)

KESIMPULAN ...aper yg dapat aku luahkan pagi neh...

Apabila dia jahat mungkin telah bermaharajalela nafsunya di dialam diri seseorang itu... Apabila dia baik mungkin kesedaran telah membuka qalbunya dan dirinya melakukan kebaikan... Apabila dia jahat jangan kamu marah dia, tapi tegurkan... tegur dengan marah tak sama. Apabila dia baik  doakan agar kebaikan itu berpanjangan...jangan kutuk pula walau dengan kata2 atau dalam hati. Bahaya...nanti jadi hasad!!!
Ditulis oleh,

June 01, 2009

1st day PRAKTIKAL

Hari ini hari pertama aku menjalani PRAKTIKUM . Buku laporan praktikum yang tercetak Universiti Utara Malaysia terletak kemas di tempat duduk disisi aku neh. “Buku PRAKTIKUM tu ibarat nyawa PRAKTIKUM kamu”, pesanan yang tak aku lupekan...
PELIK TP BENAR..iniLAh Aku (CIK COMBAT bertudung?)
“Aah! Dah pukul 7.30A.M? mati aku hari ni,” Kebimbangan menerobos lubuk hatiaku pagi tadik. Berbagai-bagai persoalan bermain difikirannya. “Bagaimana kalau aku terlewat hari ini? , aper yang perlu aku buat neh??? aku kelambatan kelewetan di pagik2 butak neh... sebab aper?? huhu.. ni sebab tudung lah.. huhu... takper2 nanti aku citer mengapa aku kelewatan yang tahap mereng.. pertama2 tadik pagi aku da kemalangan kecik..huhu.. langgar anak kuceng saper ntah.. argh..aku dah kelewatan camner ler kuceng tu leh terlintas nak lari tetiber jer depan keter aku neh.. so opss!!~~ kelanggaran berlaku.. mintak maaf tuan punyer kuceng dan  ALLAH.. aku tidak sengaja.. sesampai depan pintu masuk UTHM..tetiber cam gugup jer... hahhhah tapi Xper.. aku selawat bebanyak .. takdak paper.. so aku teros mendaftarkan diri aku eh.. huhu ...........bahagia seketika.. ader briefing sikit....naseb bek ader salwa (sesamer praktikum kat UTHM gak)...
 
me n salwa 

huhu.. first day..huhu.. mcm2 hal da berlaku ari nie.. wat about too say ari ni aku gumbira jer.. tak ler stress lagik neh.... sebab orang kat sini leh katerkan mengalu-alukan kedatangan aku kat sini. aku diberi pilihan sama ada tok ditempatkan di bahagian pentadbiran ataupun bahagia perancangan dan pembangunan.. tp mengikut perbincagan tadik bersama2 dengan en farid dan en amin... aku lebih sesuai ditempatkan di perancangan dan pembangunan.. tp memandangkan pegawai yg menguruskan aku tiada kerna ader kursus di UUM aku diletakkan di bahgain pentadbiran sementara... kire AKU DATANG dia PERGI... =) kat sini aper aku buat??? g pon majikan aku akan dtg opis 3 ari lagik..br aku bz..nih aku buat kerja2 yang perlu jer... urm...mood okies.. cumer aku belom ader kerja lagik... sekian cerita aku yang aku leh kongsi=kongsikan pd ari neh... ........................

Ditulis oleh,
-Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya- (COMEL X CIK COMBAT EBRTUDUNG?)

May 25, 2009

"haish...final v lost 1 goal..!! 33 vs 34..."

UUM Netballerz 2009
What da heLLL!! so hurt..anyway tak sangka kalah.. buat kami kener merelakan aper yg dikatakn Qadaq dan qadar..huhu walaupun klah tp kiterorang bangga..huhu... bangga sebab per??
sebab penat lelah kitaorang berjaya gak akhirnya tuk menjadi pasukan yg diseganieh...KeceriaAn WalhaL kepenataN
tapi..ni aderlah masum tok aku wat kali terakhir maybe.. co pasni aku da grad da.. heheh tak leh r main..huhu pasni cadangan aku plak?? urm.. akakn ku tunggu tok start praktikal pada 1/6 nie.. kat maner??? hehe RAHSIA>>> t aku bitau r...
we are Win
SIAPA KAmi??
dr belakang==iLA,novi, k.zila(coach),nana,Burn,farhah,
Ditulis oleh,

April 30, 2009

TIK TOK...TIK KETOK TIK...


ni Ler BAnguNAn PejabaT COLGIS...

hehhe..amcam?? aper yg aku nak merapu ari ni ek?? hohoho....actually aku baru jer menamatkan exam aku tadi kol 3.00 ptg.. hoho..bermakna ari ni aderlah ari terakhir aku amik exam toK degree....hehehehe penat lelah 3 taun da berakhir da,,... raser cam semalam jer br aku dtg.. TAPI sadis r plak tadi... soalan exam leh tahan ler susah.. soalan yg tak bajet kuar pon.. naseb bek aku egt lagi paper perancangan projek leh ler combine.. En.Dani pon satu hal..biaser soalan okies jer.. ni tips yg ader tak masok pon..ahhahhaa padan Muker!!!!~~~~muahmauah.... urm..pasni aku tak tau nak buat aper.. tp yg pasti sok aku nak pi langkawi...bersamer2 dgn geng2 aku si hottites tu sumer...  then rancangan yg ditetapkan akan lebih bagos... huhu... pastu balik johor 2hb nie.. alamak kener balik ni sure penat..nak jadik pengapit plak abg aku kawen neh... urm.. KAHWIN?? hahha sebab da bes aku pon nak kawin gak r.. tp aku nak kawin dgn saper??? calon... urm..calon2 bersepah....tp malas r nak pikir... huhu... argh!!~~~tak tau nak memberbel per... so aku nak tito r..... ......................................................... ZZZzzzzZZZzzzz

TiDAk AdA InSAN sUcI YanG tIdAK M'puNYAi MaSA lAMpaU & tIdAk AdA inSAn yaNg B'Dosa YanG TiDaK M'PUnyAI MasA DePAN..... 
Ditulis oleh,

April 29, 2009

FRIEND??...always be my friends 4ever

KAwan-KawaN sejiwa
BajeT artistik...
4my lovefen.... Kechik, Fard, Ninot, Che' Mat, Fiji, Kamarl --  i love all mush2... thanx4 everythin....aku sayang kalian r.. selalu bersame2.. so pasni aper yg kiter janji tepati k... 

Friends 'til the end,That's what we always said,Even when all hopes were dead.Friends 'til the end, We will always be,Nothing can ever come between you and me.Friends 'til the end,Even when nothing will bend,Our friendship we will always mend.Friends 'til the end,There's nothing we can't overcome,I know you'll be there when I need someone.Friends 'til the end,We will never part,As long as we have each other in our hearts. 
 
"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina" 
Ditulis oleh,

April 21, 2009

FINAL SEMESTER YG SADIS

kekadang tu..bile hidup ni x semuanya indah tok aku... ader time yang kite kene trima kenyataan yang kite akan kena hadapi satu dunia baru... . macam aku ni yang kan hadapi dunia pekerjaan... alamak..takut tu..ALLAH jer yang tau... bukan aper..kerja ni satu bidang yang kite belum pernah tempuh... banyak pasang surut dier... kalau tak tabah... abis laa... satu lagi..bab yang paling sedih..bile nak tinggalkan kampus... tinggalkan kengkawan... .almaklumlah..dah 3 tahun menghadapi suke duka bersama... kongsi cerita... lebih-lebih lagi dengan roomate tersayang... .susah payah semua wat sesama... . bila kite dah keluar..kite x kan jumpa lagi..yang benda macam tu... life campus... yang penuh dengan warna warni... ..memang best gile... dulu, kalau blaja... x ingat aper2 pun... almaklumlaa... duit sentiasa penuh poket..ade pulak mak bapak yang support... tapi bile keluar jer... dari kampus..semua dah b'tukar... kalau laki tu... kene cari duit nak kawin laa... .musti peningkan... . sedih sesangat nak tinggalkan kampus tercinta nih... .rase cam x nak keluar... walau cam ner pun life must go on... kena brani hadapi cabaran... .yeah... .i can do it... buat member yang mengenali diri ini... .sayang semua... muahhsss... adios... 

 
...
Ditulis oleh,

April 20, 2009

IT's HURT..korang paham tak??

ARINI HATI AKU NIE DUK SAYU JER..
 
AKU PUN TAK BAPER PASTI PE YANG AKU RASER SKANG. RASER PENAT SGT LA BEB.. AKU NAK NANGIS TAPI TAK LEH.. N AKU TAK TAU NAK LUAH KAT SAPER N CMNER TUK MULAKAN.. KORANG PENAH TAK RASER PE YANG AKU RASER NIE 
 AKU RASER AKU NAK LARI JAUH DARI SINI N NAK DUK JAUH DARI ORANG.. BILE CMTU,DAH TENTU AKU TAU NAPER AKU PERLU RASER SUNYI.BETUL TAK? TAPI SKANG... . RAMAI ORANG KAT SEKELILING AKU TAPI AKU TETAP SUNYI... KADANG2 AKU RASER PENAT TUK IDUP.. penat tok idop?? tapi menda tu tak masok akal pon dalam kamus.. dah aku idop lagi.. adeh~~pelik r.. TAPI AKU TAU... SUME TU X BERBALOI.. LoVe Is NoT jUSt LoOkINg At eAcH oThER, iTS lOokIng In ThE sAmE dIRecTiioN
 
Ditulis oleh,

April 15, 2009

MAINKAN PERASAAN ORANG..ucapan syg+luv u hnya sbgi kwn?

ter-fikir-fikIR aku xtau la nape aku slalu jmpe org camni..kalo anggap ppuan tu sebagai kawan..layan la dia sbgai kawan..jgn la lelebih ckp mis u, love u n mintak couple ..tlg la jgn permainkan prasaan org..aku merayu sgt2 ni.. (Cik COMBAT rayu dekat sape nie?) AperHAL Nak KEner??
situasi 1:
ni kes ex-bf aku  dlu masih terngiang2 kat telinga aku..'sy nmpk awk mcm suka sy' ....bru aku paham nape dia mintak couple sbb dia tau aku syg kat dia..padahal dia lgsungg xde pape prasaan kat aku dan aku plak bengong sgt time tu..xtau pun dia tu tunang org sbb dia ngaku dia xde awek dan  single. dah aku syg giler kat dia..dia tglkan aku camtu jer..terus hilag 
notes sket: dia asalnyer besfren  aku.mak aku pun dah anggap dia mcm anak sendrini la. dah namanya kawan mkn kawan kan? dan aku pk kalo besfren..xkan dia nak kecewakan kawan baik dia sendri
ciK dolly -cik isyqa-cik rinie rase fed_up..
situasi 2
kawan ke kalau ckp mis u, love u??diorg nak ape sbnrnya dr aku?skrg ni dah byk sgt n bleluasa.. bru kenal kejap dah kata sayang, rindu, luv u ... SO ni kbykan laki2 akan ckp :syg sbgai kawan. kawan ke ckp i luv u??xpe la..mainkan la org sok lusa.. bila awek/bini dia ckp syg/luv u kat laki lain bru nak mlenting - aku sikit pun xprasan dgn mulut manis laki camni tp nyampah+geli+mual+nak muntah.
notes sket: tetibe egt kawan yang xmcm kawan

" Jangan biarkan seseorang menghampiri mu tanpa membawa kebahagian & kehidupan yang lebih baik, ekspresikan hidup mu dengan menyiratkan kebaikan di wajah,mata dan senyum mu "
Ditulis oleh,