Ada yang menyatakan
bahagia itu relative sifatnya. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat, benda lain pula dirasakannya sebagai bahagia. Pada yang miskin, kaya itu bahagia. Tapi yang kaya, merasakan kaya itu bukan bahagia.
Tidak percaya? Baca senarai panjang orang kaya, ternama dan popular yang membunuh diri atau sakit jiwa. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia.
Masalahnya bukan Xmampu mencapai bahagia, tapi ramai yang Xmengetahui apakah erti bahagia sebenarnya. Begitu kata ahli-ahli hikmah bila ditanyakan :
Mengapa ramai manusia yang tidak bahagia? Jadi teraba-rabalah manusia mencari bahagia. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui.
Anehnya, manusia kerap bercakap tentang bahagia –
rumah tangga yang bahagia, pasanganyang bahagia atau diri yang bahagia. Bercakap tanpa tahu makna ?
Kerap kali orang menyangka orang lain lebih bahagia daripadanya.
"Rumput di seberang sana kelihatan lebih hijau," begitu maksud pepatah Inggeris. Ini menyebabkan kita sentiasa tidak puas.
Hidup dilihat sebagai satu perbandingan dan pertandingan. Bukan satu kesyukuran yang harus dikongsikan. Jadi apa makna bahagia sebenarnya?
Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan. Ketenangan iti letaknya di hati.
Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa ua ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang sabar. Hati yang tenang dipenuhi oleh rasa qanaah, tawakal, redha dan lain-lain sifat mahmudah. Hati yang sedemikian dinamakan hati yang sejahtera(
qalbun salim yang ckp bukan CC yg cakap).
Hati yang mesti dimilki walaupun cuma sedetik, sebelum kita menemui ilahi.
Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain…hanya pada ingat Allah. Begitu maksud yang diungkap oleh al-Quran. Rumah tangga yang tenang, ialah apabila setiap anggotanya ingatkan Allah. Apa maksud ingat Allah? Cukupkah dengan ucapan dan sebutan subhanallah, alhamdulillah dan kalimat2 zikir yang lain? Belum. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingat yang menjunam di lubuk hati, yang terluah pada ucapan lidah dan terlahir dalam bentuk tindakan dan perlakuan.
Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak mengeluh,
" kenapa aku yang kena? " Sebaliknya terasa,
"Aku telah terpilih," Aku hamba Allah, aku layak diuji". Kata
Ulama,
untuk tidak terasa susah apabila luput sesuatu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya pinjaman. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah- Pemilik segalanya.
Jadi untuk meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah.
Hendaklah dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan takdir itu Allah akan menjanjikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu
adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad
( keyakinan) kita, bahawa semua ketentuan Allah itu baik- pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat.
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung qadar dengan sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah (ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.
Nikmat maha suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba-Nya. Hati yang tenang akan berbisik:
"Tuhan…aku belum Nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tapi aku yakin ya Allah, ilmu-Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebaliknya musibah ini…yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan."
Maha adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin terasa diabaikan. Maha adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit rasa dipinggirkan. Allah telah meletakkan bahagia pada hati yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh sesame manusia…
Bahagia itu bukan relative dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah suatu yang mutlak, yang perlu dicapai oleh setiap insane. Mujur dan syukur, perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan.
Ingat kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan tetapi ia ada di sepanjang jalan.
Not a destiny, but a journey!
Kata bijak pandai, orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah
'aku bahagia?'
Ditulis oleh,